Carian
Semak Lokasi Mengundi Untuk PRU13 Terus Di Web
April 12, 2013 Aman

Beberapa hari lepas, ia telah diumumkan berkenaan tarikh untuk pilihanraya di Malaysia, yang mana jatuhnya pada 5 Mei 2013 kelak. Dalam persediaan untuknya, salah satu perkara yang boleh anda ketahui dan menyusun perancangan anda bermula hari ini adalah dengan mengetahui lokasi dan pusat mengundi anda.

PRU13 - Semak Lokasi Mengundi

Untuk memudahkan pengguna, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menyediakan sebuah halaman khas, membolehkan pengguna untuk mengetahui dimanakah pusat mengundi seseorang itu.

Bagi menyemak sendiri, anda hanya perlu ke halaman khas di web rasmi SPR, dan kemudiannya memasukkan nombor kad pengenalan anda. Pengguna akan dipaparkan dengan pusat mengundi mereka melaluinya, sekaligus memudahkan anda mengetahui dimanakah anda akan mengundi pada hari pilihan raya kelak.

Komen