Mari Ke PC Fair 2013 Di KL Convention Center Hari Ini

Mari Ke PC Fair 2013 Di KL Convention Center Hari Ini

Diterbitkan pada Apr 12, 2013 oleh .

PC Fair telah menjadi salah satu acara yang dinantikan ramai dalam mendapatkan gajet, peralatan komputer, peralatan elektronik dan sebagainya pada harga murah, disamping pada masa yang sama melihat beberapa peranti baru di pasaran tempatan. Bermula hari ini, PC Fair akan diadakan selama 3 hari di Kuala Lumpur Convention Centre dan juga Square One (Batu Pahat).

Seperti biasa, beberapa promosi juga disusun, bukan sahaja untuk komputer, tablet, telefon pintar, tetapi termasuk projektor, kamera, GPS, dan beberapa yang lain.

Beberapa syarikat juga turut sama menyediakan promosi khas, termasuk Western Digital yang menyediakan vaucer diskaun sehingga RM100 untuk pembelian WD Elements dan juga MyBook Live.

Muat-Turun Baucar WD untuk PC Fair (317KB)

HP pula menyediakan promosi khas untuk mereka yang ingin menukar pencetak sedia ada kepada pencetak HP Desktjet Ink Advantage, serta pihak Sensonic yang menyediakan tawaran rebat SKMM (RM200) untuk pembelian telefon pintar mereka.

PC Fair - Sensonic

Jadi, bagi anda yang berdekatan, mungkin boleh hadir dan mendapatkan peranti yang dicari anda di PC Fair yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Kami akan membawakan beberapa kemaskini semasa daripada acara PC Fair di Kuala Lumpur kelak.


TIPS & ULASAN