LinkedIn Mengambil-Alih Pulse

LinkedIn Mengambil-Alih Pulse

Diterbitkan pada Apr 12, 2013 oleh .

Seperti diperkatakan beberapa minggu lepas, hari ini LinkedIn secara rasminya mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih Pulse, sekaligus memperlihatkan fokus pihak LinkedIn dalam industri penerbitan.

LinkedIn Pulse

Pulse merupakan salah satu aplikasi mudah-alih yang disediakan bukan sahaja untuk iOS dan Android, tetapi turut sama dalam bentuk web, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa berita dengan mudah melaluinya.

Daripada apa yang dikongsikan pihak LinkedIn, kini Pulse mempunyai lebih daripada 30 juta pengguna yang mengakses berita harian melaluinya. Pulse akan terus beroperasi seperti biasa buat masa ini, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa perkara baru pada perkhidmatan tersebut tidak lama lagi.

Mengikut beberapa laporan, ia dikatakan Pulse diambil-alih pada harga sekitar $90 juta.


TIPS & ULASAN