Desas-desus mengenai Twitter Music telah kedengaran sebelum ini, dan kini ia dikatakan pihak Twitter berkemungkinan akan melancarkannya pada penghujung minggu ini, sekaligus memperluaskan penawaran mereka dalam arena sosial.
Twitter Music dikatakan akan mengintegrasikan beberapa perkhidmatan pihak ketiga, seperti SoundCloud, Vevo dan sebagainya, dan membolehkan pengguna mendengar lagu, mengikuti perkembangan artis, dan melihat lagu-lagu yang sedang meningkat popular dikalangan rakan-rakan dan pengguna lain.
Mengukuhkan perkara ini juga adalah dimana Twitter hari ini mengumumkan mereka telah mengambil-alih pihak We Are Hunted, salah satu perkhidmatan berkaitan muzik.
Jadi, sama-sama kita nantikan aplikasi Twitter Music daripada penyedia perkhidmatan popular – Twitter.