Nokia Asha 310 Mula Dijual Di Malaysia – Disertakan Bersama Aplikasi Line

Nokia Asha 310 Mula Dijual Di Malaysia – Disertakan Bersama Aplikasi Line

Diterbitkan pada Apr 12, 2013 oleh .

Nokia Asha 310 telah diumumkan pada bulan Februari yang lepas, dan kini peranti tersebut telah pun mula ditawarkan di Malaysia, dijual pada harga RM329 untuk pasaran tempatan. Menariknya, selain daripada pelbagai aplikasi yang ditawarkan untuk pengguna Nokia Asha, ia juga turut sama disertakan bersama-sama dengan aplikasi Line.

LINE Malaysia

Nokia Asha 310 didatangkan bersama-sama sokongan dwi-SIM, serta menyertakan sokongan WiFi pada ia. Ia turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 3-inci, kamera 2-megapixel dan juga ruangan storan sebesar 4GB. Dari segi masa bertahan bateri, Nokia mengatakan ia mampu bertahan sehingga 25 hari lamanya.

Nokia Asha 310

Dalam usaha mempromosikan peranti ini bersama-sama perkhidmatan Line, Nokia juga bakal mengadakan beberapa promosi diseluruh negara. Bagi mereka yang berminat mungkin boleh mendapatkannya daripada pengedar rasmi Nokia seluruh negara bermula hari ini.


TIPS & ULASAN