LINE Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

LINE Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 12, 2013 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan permesejan pada hari ini, dan salah satu yang popular adalah Line. Hari ini, mereka telah melancarkan perkhidmatan mereka secara rasmi di Malaysia, sekaligus mengumumkan beberapa pengguna Line Official Accounts di kalangan artis dan juga jenama tempatan.

LINE Malaysia

Melalui aplikasi Line, ia membolehkan pengguna untuk menghantar teks, bersembang secara berkumpulan (sehingga 100 orang), membuat panggilan suara, selain turut didatangkan dengan beberapa tambahan lain, seperti stickers, permainan dan sebagainya.

Di Malaysia, mereka bakal mula mempromosikannya dengan lebih drastik, termasuk pengiklanan di televisyen dan sebagainya. Mereka juga turut mengumumkan kerjasama bersama pihak Nokia hari ini dalam menawarkan aplikasi Line pada peranti Nokia Asha 310.

LINE Malaysia

LINE Malaysia

Bercakap mengenai angka pengguna tempatan di Line, mereka tidak mengeluarkan sebarang angka rasmi, dan hanya mengatakan terdapat beberapa juta pengguna Line di Malaysia.

Aplikasi Line tersedia untuk pengguna iOS, Android, BlackBerry, Windows Phone, dan turut diumumkan untuk Nokia Asha hari ini.

Muat-Turun Aplikasi LINE


TIPS & ULASAN