Rockmelt Hadir Dengan Versi Web – Mematikan Pelayar Web Desktop

Rockmelt Hadir Dengan Versi Web – Mematikan Pelayar Web Desktop

Diterbitkan pada Apr 12, 2013 oleh .

Rockmelt sebelum ini telah hadir dalam bentuk pelayar web yang memfokuskan kepada pelbagai integrasi sosial. Namun, kini pihak pembangunnya mengumumkan mereka akan mematikan versi desktop, dan memperkenalkan kemaskini untuk versi iOS.

Rockmelt

Menurut pihak Rockmelt, mereka mematikan versi desktop kerana ia memakan terlalu banyak masa dan sukar untuk mereka bersaing dengan pelbagai pembangun pelayar web yang lain.

Namun, ini tidak menghentikan pihak Rockmelt dalam terus menawarkan perkhidmatan sosial merkea kepada pengguna lain. Bersama-sama dengan pengumuman mematikan pelayar web desktop Rockmelt, mereka juga turut sama mengumumkan versi web dalam bentuk beta, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan semasa daripada perkongsian rakan-rakan ataupun daripada web kegemaran mereka, terus melalui halaman tersebut.

Rockmelt

Rockmelt

Daripada penggunaan secara ringkas oleh kami, perkhidmatan baru ini kelihatan lebih kurang seperti Flipboard, sekaligus memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dari keseluruhan web dan laman sosial dengan mudah.

Buat masa ini, perkhidmatan baru ini masih lagi pada peringkat beta tertutup, dan mungkin akan dilancarkan kepada umum tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN