Pembangun Aplikasi Turut Mempromosikan Perkhidmatan Mereka Melalui PC Fair 2013

Pembangun Aplikasi Turut Mempromosikan Perkhidmatan Mereka Melalui PC Fair 2013

Diterbitkan pada Apr 12, 2013 oleh .

PIKOM PC Fair 2013

Seperti dimaklumkan sebelum ini, pada hari ini bermulanya acara PC Fair 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center, dimana menariknya pada kali ini, selain daripada pelbagai promosi daripada penjual peranti dan juga syarikat telekomunikasi, PC Fair 2013 juga menyaksikan pembangun aplikasi mempromosikan aplikasi mereka melaluinya.

Daripada pemerhatian kami, sebanyak dua syarikat aplikasi menggunakan PC Fair dalam mempromosikan aplikasi mereka, iaitu Jam-Bu dan juga Mi-Talk.

Mi-Talk

Mi-Talk PC Fair

Mi-Talk merupakan salah satu perkhidmatan sosial permesejan, membolehkan para pengguna menggunakannya dalam berinteraksi bersama-sama yang lain dengan mudah. Mi-Talk ini walaupun tidak dibangunkan pembangun tempatan, tetapi disebabkan oleh kerjasama mereka dengan pihak MFace (salah satu laman sosial tempatan), maka mereka menggunakan platform PC Fair dalam mempromosikan aplikasi mereka.

Jam-Bu

Jam-Bu PC Fair 2013

Jam-bu pula merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan pembangun tempatan, mengintegrasikan beberapa perkara melaluinya. Ia dikatakan baru dilancarkan pada hari ini, dimana menggunakan aplikasi tersebut, pengguna boleh mengikuti pelbagai kemaskini dan berita semasa, membeli dan mengikuti promosi dari kedai-kedai disekitar anda, disamping pada masa yang sama turut menawarkan perkhidmatan permesejan dikalangan penggunanya.

Adakah lebih banyak akan hadir pada masa akan datang?

Walaupun kali ini hanya dua aplikasi sahaja mula mempromosikan aplikasi mereka di PC Fair, namun ia tidak mustahil pada masa akan datang kita melihat lebih banyak syarikat aplikasi mempromosikan aplikasi mereka melalui PC Fair.

Jadi, apa kata anda?


TIPS & ULASAN