Mungkin ramai telah sedia mengenali akan jenama Ninetology. Terkini, pada minggu ini mereka telah pun melancarkan salah satu peranti terbaru daripada mereka, dinamakan sebagai Pearl Mini, dan akan mula dijual bermula minggu ketiga April ini pada harga RM399.
Ninetology Pearl Mini ini membawakan skrin bersaiz 3.5-inci HVGA, cip pemprosesan 1GHz, kamera 2-megapixel, memori 256MB RAM, dan menjalankan Android 2.3 Gingerbread pada ia.
Dari segi spesifikasi, boleh dikatakan ia agak mengecewakan jikalau dibandingkan dengan beberapa peranti lain di pasaran pada hari ini pada lingkungan harga tersebut.
Menurut pihak Ninetology, peranti Pearl Mini ini akan ditawarkan bersama pihak TuneTalk, selain pengguna tempatan juga turut sama boleh menggunakan Pakej Komunikasi Belia untuk mendapatkan peranti ini.