Sekitar PIKOM PC Fair 2013 Di Kuala Lumpur

Sekitar PIKOM PC Fair 2013 Di Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Apr 12, 2013 oleh .

Sepanjang penghujung minggu ini (12 April – 14 April) ini, PIKOM seperti biasa membawakan acara tahunan mereka – PC Fair 2013, dimana untuk minggu ini ia diadakan di Kuala Lumpur Convention Center. Seperti biasa, pelbagai tawaran disediakan, bersama-sama dengan beberapa promosi dan hadiah yang disediakan atas beberapa pembelian.

PIKOM PC Fair 2013

Menariknya kali ini adalah dimana selain daripada hanya peralatan elektrik, penyedia perisian antivirus juga turut menyertainya, bersama-sama dengan beberapa pembangun aplikasi mudah-alih dan juga syarikat permainan atas-talian. Sebanyak lima dewan dipenuhi pada PC Fair 2013 kali ini, dan kami dapati ia agak kecil berbanding sebelum-sebelum ini.

Beberapa syarikat tempatan yang memfokuskan kepada pengeluaran peranti juga turut menyertainya, serta memperlihatkan beberapa tawaran mereka. Syarikat telekomunikasi tidak ketinggalan sama, dimana mereka turut menyediakan beberapa promosi khas bersempena dengannya. Pihak PIKOM juga turut menyediakan sebuah pentas khas, dimana beberapa individu dan syarikat hadir berkongsi pengalaman dan produk mereka melaluinya.

PIKOM PC Fair 2013

PIKOM PC Fair 2013

Bagi mereka yang ingin mempunyai masa lapang pada penghujung minggu ini, mungkin boleh ke PIKOM PC Fair 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center sepanjang penghujung minggu ini.


TIPS & ULASAN