Cari @ Amanz

Maxis Home - Astro Byond IPTVSejak Maxis dan Astro mengumumkan kerjasama pada tahun lepas, ramai yang menantikan perkhidmatan Astro Byond IPTV ditawarkan bersama-sama Maxis Home Fibre daripada Maxis. Kini, di PC Fair 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center, mereka memperlihatkan pakej dan pelan yang ditawarkan oleh mereka.

Seperti biasa, untuk melanggan Astro Byond IPTV melalui Maxis, pengguna perlu mendapatkannya bersama-sama dengan Maxis Home Fibre Internet, dimana ditawarkan dalam tiga tawaran berbeza, iaitu 10Mbps (RM148), 20Mbps (RM198) dan juga 30Mbps (RM248).

Untuk mendapatkan perkhidmatan Astro Byond IPTV, pengguna perlu memilih pakej pilihan mereka, sama ada Superpack, Value Pack ataupun Family Pack. Masing-masing hadir dengan tawaran saluran berbeza, membolehkan pengguna membuat pilihan berdasarkan kandungan yang diinginkan oleh mereka. Untuk Value Pack, pengguna perlu menambah sebanyak RM75 sebulan kepada langganan Maxis Home Fibre mereka, manakala untuk Family Pack pula pengguna perlu menambah RM37.95 sebulan.

Untuk Superpack pula, pengguna diberikan empat tawaran berbeza, dimana masing-masing membawakan harga yang berbeza melaluinya. Namun, untuk langganan Superpack, ia kelihatan pihak Maxis menawarkan diskaun sebanyak RM25 untuk langganan mereka.

Maxis Home + Astro Byond IPTV

Maxis Home + Astro Byond IPTV

Apa pun, daripada apa yang diberitahu oleh salah seorang jurujual Maxis di PC Fair, mereka mengatakan perkhidmatan ini hanya akan ditawarkan sekitar penghujung April atau pada bulan Mei kelak, dan hanya pra-pendaftaran sahaja disediakan buat masa ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan tawaran Astro Byond IPTV melalui Maxis ini? Adakah ia berbaloi ataupun sebaliknya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd