Facebook Messenger Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Chat Head

Facebook Messenger Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Chat Head

Diterbitkan pada Apr 12, 2013 oleh .

Pada minggu lepas, pihak Facebook telah mengumumkan Facebook Home, dimana salah satu fungsi pada ia adalah Chat Head. Kini, mereka telah mula mengintegrasikan sokongan tersebut pada aplikasi mereka, membolehkan pengguna Facebook Messenger di Android menggunakannya.

Facebook Chat Head

Melalui sokongan Chat Head, ia membolehkan pengguna Facebook bersembang dengan rakan-rakan mereka menggunakan peranti Android, walaupun ketika menggunakan aplikasi lain. Chat Head boleh dikatakan salah satu perkara menarik yang dibawakan oleh Facebook, membolehkan pengguna mengikuti sesuatu mesej daripada rakan-rakan mereka, tanpa menganggu aktiviti mereka pada peranti Android mereka.

Walaupun Facebook Home dikatakan pihak Facebook hanya akan dihadkan untuk beberapa peranti ketika pelancaran, namun berbeza pula untuk sokongan Chat Head ini. Untuk menggunakannya, para pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi Facebook Messenger untuk Android hari ini, dan mula menggunakannya.

Ia tidak diketahui lagi adakah sokongan ini akan hadir untuk peranti lain ataupun tidak.

Muat-Turun Facebook Messenger untuk Android


TIPS & ULASAN