Selain daripada cip pemprosesan pada peranti mudah-alih yang memperlihatkan peningkatan drastik dari hari ke hari, nampaknya cip pemprosesan pada komputer juga tidak ketinggalan, dimana mengikut desas-desus terkini yang kedengaran, dikatakan pihak AMD akan hadir dengan cip pemprosesan sepantas 5GHz tidak lama lagi.
Buat masa ini, Advanced Micro Devices masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan perkara ini. Namun, daripada apa yang kedengaran, cip ini dijangka akan dipanggil sebagai FX Centurion Super Processor, dan akan berasaskan kepada architecture Piledriver.
Ia tidak diketahui lagi sama ada cip ini akan membawakan kepantasan operasi 5GHz sebagai kepantasan asas, ataupun melalui teknologi Turbo Core daripada AMD.
Sebelum ini sendiri pihak AMD telah hadir dengan cip yang membawakan kepantasan operasi sehingga 4.2GHz melalui teknologi Turbo Core mereka, jadi kehadiran mereka dengan cip sepantas 5GHz ini mungkin bukanlah sesuatu yang mustahil.
Jadi, apa kata anda?