Monkey Flight – Permainan Kasual Pada Windows 8 Dengan Konsep Seumpama Angry Birds

Monkey Flight – Permainan Kasual Pada Windows 8 Dengan Konsep Seumpama Angry Birds

Diterbitkan pada Apr 13, 2013 oleh .

Selain daripada beberapa aplikasi berbentuk produktiviti dan sebagainya, Windows Store juga kelihatan ditambah dengan beberapa aplikasi berbentuk permainan, dan salah satu aplikasi berbentuk permainan yang ditemui kami di Windows Store pada minggu ini adalah Monkey Flight.

Monkey Flight

Monkey Flight secara asasnya membawakan konsep seumpama Angry Birds, dimana para pengguna perlu mengawal seekor monyet, dan menembaknya ke udara. Melalui permainan ini, pengguna perlu mengawal watak monyet tersebut dalam mendapatkan seberapa banyak buah yang boleh dikumpul, dan seterusnya mara ke fasa seterusnya.

Tiada banyak perbezaan yang dibawakan dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Namun, sekiranya anda inginkan sesuatu permainan berbentuk kasual pada penghujung minggu ini, mungkin boleh mencuba Monkey Flight hari ini.

Muat-Turun Monkey Flight dari Windows Store


TIPS & ULASAN