Microsoft Mungkin Melancarkan Office Untuk Linux Pada Tahun Hadapan

Microsoft Mungkin Melancarkan Office Untuk Linux Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Apr 13, 2013 oleh .

Office 2013Dengan Linux yang semakin mendapat perhatian akhir-akhir ini, kini laporan terbaru mengatakan pihak Microsoft merancang untuk memperkenalkan Office untuk platform Linux pada tahun 2014 kelak, berkemungkinan selepas versi Android diperkenalkan.

Seperti semua sedia maklum, Office untuk Android dikatakan telah dalam pembangunan sejak beberapa bulan lepas, dan sebelum ini dilaporkan hanya akan hadir sekitar Oktober 2014 kelak.

Memandangkan Android juga merupakan salah satu sistem operasi berasaskan Linux, maka pembangunan untuk sistem operasi desktop Linux, seperti Ubuntu dan sebagainya mungkin lebih pantas berbanding kebiasaan.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui sama ada ia akan menerima permintaan yang tinggi ataupun sebaliknya, memandangkan terdapat beberapa alternatif sedia ada, termasuk LibreOffice dan juga OpenOffice untuk Linux.

Jadi, sekiranya Office hadir untuk Linux, adakah anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN