Adakah Maxis Akan Menjadi Yang Terawal Menawarkan HTC One?

Adakah Maxis Akan Menjadi Yang Terawal Menawarkan HTC One?

Diterbitkan pada Apr 13, 2013 oleh .

Dengan hadirnya bulan April, semestinya ramai yang menantikan pelancaran rasmi HTC One di Malaysia. Menariknya, kini pihak HTC kelihatan telah mula mempromosikannya, dan melalui salah satu pengiklanan yang diperlihatkan, mereka mempromosikannya bersama-sama pihak Maxis.

HTC One di Maxis

Daripada salah satu iklan yang diperlihatkan di ruangan laluan ke stesen RapidKL LRT KLCC, HTC mengatakan pengguna boleh menguji dan melihat sendiri HTC One di Maxis Center terpilih, iaitu di KLCC dan juga Ampang Mall. Namun, apabila kami ke Maxis Center di KLCC, tidak terdapat set tersebut, dan stafnya juga tidak pasti berkenaan dengan perkara tersebut. Kami tidak pasti sejak bilakah iklan HTC One ini dipaparkan pada ruangan laluan ke stesen RapidKL LRT KLCC.

HTC One telah diperkenalkan oleh pihak HTC pada bulan Februari yang lepas, membawakan rekabentuk yang amat menarik, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.7GHz, kamera 4-ultrapixel, memori sebanya 2GB RAM, dan juga skrin bersaiz 4.7-inci.

HTC sebelum ini telah mengatakan ia mungkin hadir lewat April ini ataupun pada bulan Mei kelak. Harga jualannya dianggarkan sekitar RM2299, dan mungkin lebih murah melalui pakej dan pelan syarikat telekomunikasi.

Baca : Pandang Pertama HTC One


TIPS & ULASAN