Office 2013 telah diperkenalkan oleh Microsoft pada awal tahun ini, yang mana menyertakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya. Untuk memudahkan pengguna mengikuti pelbagai tips dan tutorial, Microsoft sering hadir dengan video tutorial selama 15 minit yang memperlihatkan fungsi-fungsi baru pada perisian mereka.
Namun, mungkin kadang-kala tertinggal ataupun ingin mengikutinya dengan lebih mudah melalui komputer Windows 8 anda. Untuk memudahkan perkara tersebut, salah satu aplikasi yang mengumpulkan segala tips dan tutorial yang diterbitkan oleh Microsoft ini adalah “Office Webinar”.
Aplikasi ini dibina khas untuk pengguna Windows 8 dan juga Windows RT, membolehkan mereka melihat topik dan memainkan video tutorial berkenaan dengan Office terus melalui aplikasi berkenaan.
Sekiranya anda berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Windows Store hari ini, dan menambah pengetahuan mengenai Office 2013 melaluinya.
- Muat-Turun Office Webinar untuk Windows 8