Semalam, pihak Facebook telah pun mula menawarkan Facebook Home melalui Google Play Store, tetapi ia terhad kepada negara Amerika Syarikat sahaja, dan untuk hanya beberapa peranti terpilih. Namun, seperti kebanyakkan beberapa aplikasi Android yang lain, kini pembangun bebas telah hadir dengan sebuah versi yang diubah-suai, membolehkan semua pengguna Android menggunakannya.
Facebook Home merupakan salah satu bentuk Launcher untuk Android daripada Facebook, membolehkan pengguna melihat dan memfokuskan kepada kemaskini semasa daripada rakan-rakan Facebook terus pada skrin utama. Beberapa sokongan akses pantas turut disediakan, termasuk ke aplikasi pada peranti dan juga ke Facebook Messenger.
Daripada percubaan kami menggunakan aplikasi ini, ia pada permulaannya mengambil masa yang sedikit lama untuk memuatkan gambar-gambar pada skrin utama, tetapi berfungsi dengan lancar selepas beberapa ketika.
Namun, seperti biasa, mungkin ada yang mengemari apabila gambar rakan-rakan anda dipaparkan pada skrin utama dan juga sebaliknya.
Sekiranya anda ingin mencubanya sendiri, mungkin boleh memuat-turun fail APK yang disediakan oleh pembangun bebas, dan mencubanya sendiri pada peranti anda. Sebelum memasangnya, pastikan anda nyah-pasang semua aplikasi Facebook pada peranti anda, supaya ia dapat berjalan dengan lancar.
- Muat Turun
- Muat-Turun APK Facebook Home untuk Android