Cari @ Amanz

Jam-BuPada hari ini, sekiranya ingin mengikuti perkembangan semasa, atau ingin membuat pembelian dan sebagainya, pengguna terpaksa menggunakan beberapa aplikasi berbeza. Cuba mengatasi masalah ini adalah melalui salah satu aplikasi baru daripada pembangun tempatan, dinamakan sebagai Jam-Bu.

Melalui Jam-Bu, pengguna boleh mengikuti berita harian daripada pelbagai web terkemuka, melihat promosi hebat daripada kedai-kedai di Malaysia, dan berinteraksi bersama-sama pengguna Jam-Bu yang lain, semua dalam satu aplikasi ringkas.

Buat masa ini, Jam-Bu masih lagi pada peringkat beta, dan pembangunnya baru sahaja memperkenalkan aplikasi berkenaan pada PC Fair 2013 di Kuala Lumpur. Beberapa fungsi masih kelihatan tidak berjalan dengan lancar sepenuhnya, mungkin kerana masih lagi pada peringkat beta.

Walaupun di pasaran terdapat beberapa aplikasi lain dengan fungsi lebih kurang sama, tetapi memandangkan ia merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, mungkin anda boleh mencubanya dengan memuat-turun pada peranti Android atau iOS anda, dan memberikan maklumbalas berkenaan dengannya.

Aplikasi Jam-Bu


© 2023 Amanz Media Sdn Bhd