KMPlayer 3.6 Hadir Dengan Sokongan Instant Preview

KMPlayer 3.6 Hadir Dengan Sokongan Instant Preview

Diterbitkan pada Apr 14, 2013 oleh .

Pada YouTube dan beberapa perkhidmatan video yang lain, salah satu sokongan yang menarik adalah kebolehan untuk Instant Preview, membolehkan pengguna melihat klip video pada sesuatu masa dalam bentuk thumbnail. Kini, pembangun KMPlayer turut menyertakan sokongan sama melalui versi terkini pemain video mereka.

KMPlayer 3.6 - Instant Preview

Melalui KMPlayer 3.6 sokongan utama baru yang disertakan bersama adalah fungsi Instant Preview. Disamping itu, ia juga turut membawakan beberapa sokongan lain, termasuk sokongan pelayan FTP, kebolehan untuk stream melalui HTTPS, serta beberapa yang lain.

Bagi pengguna yang berminat, mungkin boleh memuat-turun pemain media KMPlayer 3.6 hari ini, dan mencuba sendiri beberapa fungsi yang disertakan bersama dengannya.

Muat-Turun KMPlayer 3.6


TIPS & ULASAN