Ikuti Perlawanan Akhir Axiata Cup Terus Melalui Peranti Mudah-Alih Anda

Ikuti Perlawanan Akhir Axiata Cup Terus Melalui Peranti Mudah-Alih Anda

Diterbitkan pada Apr 14, 2013 oleh .

Axiata Cup - FinalPada pukul 7.30 petang ini, perlawanan akhir Axiata Cup antara Malaysia dan Thailand akan berlangsung, dan semestinya ramai peminat badminton yang tidak ingin terlepas aksi daripadanya. Untuk memudahkan peminat badminton dan juga Axiata Cup mengikuti perkembangan semasa, salah satu aplikasi berguna adalah Axiata Cup 2013 untuk Android, iOS dan juga BlackBerry.

Melalui aplikasi Axiata Cup 2013 ini, pengguna boleh mengikuti keputusan semasa, berita berkaitan, gambar dan juga video perlawanan, disamping berinteraksi bersama-sama peminat yang lain.

Pengguna juga turut sama boleh memainkan permainan ringkas yang disertakan bersama-sama dengannya yang sesuai dimainkan oleh pengguna pelbagai usia.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Axiata Cup 2013 ini secara percuma daripada Google Play Store, App Store dan juga BlackBerry World hari ini.

Axiata Cup 2013 - Android

Muat-Turun Aplikasi Axiata Cup untuk Android


Muat-Turun Aplikasi Axiata Cup untuk BlackBerry


Muat-Turun Aplikasi Axiata Cup untuk iOS


TIPS & ULASAN