Google Hotel Finder Memudahkan Anda Mencari Tempat Penginapan Di Malaysia Dan Seluruh Dunia

Google Hotel Finder Memudahkan Anda Mencari Tempat Penginapan Di Malaysia Dan Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Apr 14, 2013 oleh .

Bagi mereka yang gemar mengembara dan bercuti ke pelbagai lokasi di sekitar Malaysia dan juga negara-negara lain, semestinya salah satu perkara yang sering dilakukan adalah mencari hotel berdekatan. Untuk memudahkan perkara tersebut, salah satu perkhidmatan daripada Google yang berguna adalah Google Hotel Finder.

Melalui Google Hotel Finder, pengguna boleh mencari hotel di sesebuah kawasan dengan mudah, dimana menariknya ia turut memaparkan harga penginapan disesuatu hotel, disamping turut menyertakan ulasan daripada pengguna sebelum ini dengan mudah.

Google Hotel Finder

Pengguna turut disediakan dengan sebuah aplikasi ringkas, membolehkan mereka menyenarai pendek beberapa hotel pilihan, dan kemudiannya membandingkan ia antara satu sama lain.

Jadi, sekiranya anda dengan mudah ingin mencari hotel, mungkin boleh mencuba Google Hotel Finder hari ini. Dan sekiranya anda mempunyai beberapa pilihan perkhidmatan lain, jangan lupa berkongsi dengan kami.


TIPS & ULASAN