Mozilla TowTruck Ingin Memudahkan Proses Kolaborasi Melalui Web

Mozilla TowTruck Ingin Memudahkan Proses Kolaborasi Melalui Web

Diterbitkan pada Apr 14, 2013 oleh .

Kolaborasi masa-nyata merupakan salah satu perkara yang diberikan perhatian ramai pembangun akhir-akhir ini, dan kini Mozilla hadir dengan salah satu eksperimen, dinamakan sebagai Mozilla TowTruck. Melaluinya, pengguna boleh berkolaborasi bersama-sama rakan lain dalam sesuatu web terus melalui pelayar web.

Mozilla TowTruck

Untuk menggunakannya, pengguna tidak perlu memasang sebarang plugin tambahan. Terlebih dahulu untuk mengaktifkannya, pemilik dan pembangun sesuatu web hanya perlu memasukkan sebuah javascript ringkas, dan kemudiannya boleh menggunakan Mozilla TowTruck, dan menghantar pautan khas untuk pengguna lain mengaksesnya.

Sebaik sahaja rakan anda menyertainya, anda akan dapat melihat aktiviti rakan-rakan anda yang lain, dimana anda boleh melihat kedudukan cursor tetikus, termasuk boleh bersembang melalui audio ataupun teks.

Bagi pembangun web, mungkin ia agak berguna, dimana mereka boleh berkolaborasi antara satu sama lain dalam bentuk masa-nyata, dan menjimatkan masa membuat sesuatu perkara. Ia juga berguna untuk pelbagai kegunaan lain, termasuk seperti sekiranya penulis ingin berkolaborasi dalam menyunting sesuatu artikel, sekiranya ingin mengisi sesuatu borang didalam web, dan pelbagai kegunaan lain.

Bagi mereka yang ingin mencubanya sendiri, mungkin boleh melayari laman rasmi Mozilla TowTruck, dan melihatnya sendiri bagaimanakah ia beroperasi.


TIPS & ULASAN