Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan penyuntingan gambar pada Windows dan juga Mac OS X, dan terkini, salah satu aplikasi yang sedia ditawarkan untuk iOS dan juga Android, iaitu Fotor, turut sama melancarkan perisian mereka untuk pengguna Mac dan juga Windows.
Apa yang menariknya, ia ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows dan Mac buat sementara waktu ini, membolehkan pengguna menikmati pelbagai fungsi-fungsi menarik melaluinya.
Berbeza dengan beberapa perisian penyuntingan gambar sedia ada, pada Fotor, pengguna disediakan dengan beberapa pilihan asas yang mengubah paparan gambar secara automatik mengikut tetapan yang dipilih, tanpa perlu bermain dengan brightness, saturation dan sebagainya.
Fotor juga turut sama menyertakan sokongan untuk menambah efek, serta kebolehan menambah frame pada gambar.
Bagi pengguna Windows dan juga Mac OS X yang berminat, mungkin boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini, dan mula menggunakannya dalam penyuntingan gambar anda, sama ada dalam bentuk JPG ataupun RAW.
- Muat Turun
- Muat-Turun Fotor untuk Desktop