Cari @ Amanz

Windows Blue Mungkin Membolehkan Pengguna Terus Ke Bahagian Desktop

Oleh Aman

Link Copied!

Pada Windows 8, salah satu perkara yang tidak diminati ramai adalah dimana perlu melalui skrin Start berasaskan Metro sebelum ke bahagian Desktop. Memandangkan perkara ini mendapat kritikan ramai pengguna, melalui Windows 8.1 atau Windows Blue kelak, Microsoft dijangka membolehkan pengguna untuk mengubah tetapan untuk terus ke bahagian desktop dengan mudah.

Adakah anda menggunakan skrin Start pada Windows 8?Perkara ini semestinya diminati ramai yang hanya sekadar menggunakan bahagian desktop pada komputer PC dan juga komputer riba mereka. Ia dikatakan sebuah tetapan khas akan disediakan, membolehkan pengguna untuk terus ke bahagian desktop, tanpa perlu melalui skrin permulaan dan sebagainya. Namun, walaupun fungsi ini diimplementasikan, sokongan butang “Start” berkemungkinan besar tidak akan disertakan bersama dengannya.

Pada Windows 8 sendiri, beberapa pembangun bebas menyediakan kemudahan untuk mematikan skrin Start dengan memasang perisian khas, ataupun menyunting pada bahagian regedit. Namun, perkara ini mungkin agak sukar untuk pengguna biasa, dan bagi mereka yang tidak menyukai memasang pelbagai jenis perisian pada komputer mereka.

Apa pun, perkara ini masih sekadar desas-desus awal sahaja, dan mungkin tidak disertakan pada Windows 8.1 kelak.


Komen ()