Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perisian yang membolehkan anda membuat peta minda termasuk perisian Microsoft Office. Namun, ia mungkin agak mengambil masa dan tidak begitu mesra. Untuk memudahkan proses tersebut, dan bagi mereka yang sentiasa membuat peta minda melalui komputer mereka, salah satu perisian yang agak berguna adalah MindMaple.

MindMaple

MindMaple membawakan antaramuka yang menyerupai Microsoft Office, dan versi Lite-nya ditawarkan secara percuma. Walaupun melalui versi asas, ia menyediakan pelbagai fungsi yang membolehkan pengguna membuat peta minda dengan mudah.

MindMaple membolehkan pengguna memulakan sesuatu topik, dan seterusnya menambah pecahan dibawahnya dengan mudah dan pantas. Pelbagai jenis pilihan juga disediakan, seperti mengubah saiz, mengubah warna, menambah bentuk, serta membuat kumpulan topik tersendiri dan sebagainya. Pengguna juga turut sama boleh menambah media seperti gambar pada peta minda yang dihasilkan melalui MindMaple.

Sebaik sahaja selesai membuat peta minda, pengguna seterusnya boleh menyimpan ia dalam bentuk gambar (JPEG, PNG, GIF, dan lain-lain), dan juga dalam bentuk dokumen (DOC, PPT, HTML), sekaligus memudahkan ia untuk dimasukkan pada dokumen anda yang lain sama ada di komputer mahupun pada web.

Bagi anda yang berminat, anda mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri MindMaple untuk Windows hari ini, dan mula membina peta minda dengan lebih mudah dan pantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd