Nokia Bakal Membawakan Beberapa Fungsi Seumpama MeeGo Pada Windows Phone?

Nokia Bakal Membawakan Beberapa Fungsi Seumpama MeeGo Pada Windows Phone?

Diterbitkan pada Apr 15, 2013 oleh .

Seperti semua sedia maklum, dengan persaingan sengit diantara pengeluar peranti mudah-alih, Nokia memfokuskan sepenuhnya pada platform Windows Phone. Kini, ia kelihatan pihak Nokia bakal membawakan beberapa fungsi seumpama pada MeeGo melalui kemaskini PR2.0 untuk Lumia 920 dan beberapa peranti Lumia yang lain.

Daripada apa yang kelihatan, Nokia dilihat bakal membawakan sokongan untuk tap pada skrin dua kali untuk mengaktifkan telefon, lebih kurang sama seperti pada Nokia N9 MeeGo sebelum ini. Disamping itu, sebuah pilihan disediakan, membolehkan pengguna memaparkan sebuah jam walaupun setelah skrin dimatikan.

Nokia juga dijangka bakal menyertakan beberapa fungsi tambahan, termasuk Lens baru untuk sokongan kamera pada peranti mereka.

Jadi, dengan apa yang kelihatan ini, adakah Nokia bakal membawakan lebih banyak sokongan daripada platform lain mereka ke Windows Phone? Apa kata anda?


TIPS & ULASAN