DiGi Memulakan Pra-Tempahan Untuk HTC One – Bermula RM1269

DiGi Memulakan Pra-Tempahan Untuk HTC One – Bermula RM1269

Diterbitkan pada Apr 15, 2013 oleh .

Selain daripada iklan promosi yang memperlihatkan Maxis bakal menawarkan HTC One, hari ini pihak DiGi turut sama telah memulakan pra-tempahan untuk peranti terbaru daripada HTC, iaitu HTC One. Seperti semua sedia maklum, peranti ini berharga RM2299 pasaran Malaysia, dan melalui pakej langganan DiGi, ia ditawarkan pada harga serendah RM1269.

DiGi - HTC One

DiGi menawarkan HTC One dengan pilihan beberapa pakej, termasuk salah satunya adalah melalui DG Smart Family yang membolehkan pengguna menadapatkannya tanpa sebarang langganan.

Pelan DG HTC One

HTC One merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna tempatan, dimana menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.7GHz, skrin bersaiz 4.7-inci, kamera belakang 4-megapixel dengan sokongan HTC Ultrapixel, kamera hadapan 2.1-megapixel, dan juga memori sebanyak 2GB RAM.

HTC One ditawarkan dalam dua variasi warna, dan dijana menggunakan Android serta antaramuka HTC Sense 5.

Menurut pihak DiGi, peranti ini akan mula dihantar mereka bermula 6 Mei kelak. Maka mungkin kita boleh melihat pelancaran rasmi di Malaysia sekitar seminggu sebelum tarikh berkenaan.


TIPS & ULASAN