YouTube Menambah Mod Memainkan Video Dalam Bentuk VHS

YouTube Menambah Mod Memainkan Video Dalam Bentuk VHS

Diterbitkan pada Apr 15, 2013 oleh .

Bersempena dengan ulang-tahun yang ke-57 sejak menggunakan perakam video menggunakan kaset, hari ini YouTube menambah salah satu sokongan baru pada laman mereka, membolehkan pengguna menonton video-video di YouTube dalam bentuk VHS.

YouTube VHS

Dengan memilih efek VHS berkenaan, pengguna akan dapat menikmati video lebih kurang sama seperti anda menonton daripada video kaset sebelum-sebelum ini. Buat masa ini, hanya sesetengah video sahaja yang memaparkan butang VHS bersebelahan dengan butang tetapan kualiti video. Berkemungkinan sokongan efek ini hanya sementara dan mungkin dikekalkan hanya sekitar sehari dua sahaja.

Apa pun, bagi anda yang berminat, mungkin boleh ke laman YouTube, dan melihatnya dalam mod VHS pada beberapa video terpilih.


TIPS & ULASAN