Facebook sering memperkenalkan pelbagai perubahan pada laman mereka, sama ada dalam bentuk eksperimental ataupun sebaliknya. Terkini, kelihatan merkea menguji paparan notifikasi pada bahagian favicon tab pelayar web, sekaligus lebih memudahkan pengguna mengetahui akan mengenai notifikasi baru pada laman sosial tersebut.
Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja kelihatan menerima fungsi ini. Ini bukan pertama kali pihak Facebook bermain-main dengan cara menarik pengguna dengan sokongan notifikasi pada laman tersebut.
Sebelum ini, Facebook turut sama memainkan bunyi apabila sesuatu notifikasi diterima. Namun, ia hanya diperkenalkan dalam bentuk pilihan sahaja, dan boleh dimatikan pengguna sekiranya tidak berminat dengannya.
Apa pun, apa pandangan anda dengan bentuk Facebook memaparkan notifikasi pada bahagian tab pelayar web ini?