Manuganu – Permainan Side-Scrolling 3D Untuk Android

Manuganu – Permainan Side-Scrolling 3D Untuk Android

Diterbitkan pada Apr 15, 2013 oleh .

ManuganuTerdapat beberapa permainan yang menarik pada Android, dan salah satu yang semakin meningkat popular akhir-akhir ini adalah Manuganu. Manuganu membawakan permainan yang kasual dengan grafik yang cantik, serta ditawarkan secara percuma oleh pembangunnya.

Seperti kebanyakkan permainan mudah-alih akhir-akhir ini, Manuganu didatangkan dengan beberapa tahap, membolehkan pemain bermula dengan tahap paling asas, dan mempelajari pelbagai gerakan sebelum ke tahap-tahap yang berikutnya.

Buat masa ini, terdapat lebih kurang 30 tahap berbeza, membolehkan bagi mereka yang berminat untuk memainkannya pada waktu terluang. Daripada ujian kami sendiri, permainan ini berjalan lancar, walaupun menggunakan peranti dengan spesifikasi yang rendah.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store.

Muat-Turun Manuganu dari Google Play Store


TIPS & ULASAN