Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Samsung Galaxy S4, semestinya ramai yang mensasarkan Galaxy Note 3 bakal membawakan rekabentuk lebih kurang sama, dengan sokongan S-Pen. Tetapi, mengikut ura-ura baru, ia dikatakan Galaxy Note 3 bakal membawakan rekabentuk yang berbeza dengannya.

Galaxy Note 3 kelak dikatakan akan membawakan rekabentuk peranti dengan binaan yang dan rekabentuk yang lebih berkualiti. Perkara ini mungkin diberikan perhatian oleh pihak Samsung, memandangkan pesaing mereka seperti HTC dan juga Sony membawakan rekabentuk industri yang lebih baik daripada mereka.

Mengikut ura-ura awal, Galaxy Note 3 dijangka akan membawakan skrin bersaiz 6-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Exynos 5 Octa, kamera belakang 13-megapixel, dan juga dijana menggunakan Android versi terbaru (yang akan diperkenalkan pada Google I/O kelak).

Apa pun, sama-sama kita nantikan rekabentuk industri baru daripada Samsung melalui Galaxy Note 3 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd