Cari @ Amanz

Dengan dunia digital yang semakin meluas digunakan, semestinya ramai yang inginkan sesuatu yang memudahkan mereka memindahkan data daripada dokumen fizikal ke digital dengan pantas. Untuk memudahkan perkara ini, ia kelihatan Fujitsu hadir dengan salah satu teknologi dan antaramuka mesra-sentuh untuk digunakan pengguna.

Fujitsu - Fizikal ke Digital

Melalui apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan pengguna hanya perlu memilih sesuatu kawasan data pilihan menggunakan jari mereka, dan seterusnya ia dipindahkan ke bentuk digital dengan pantas. Sokongan ini kelihatan bukan sahaja berfungsi pada objek mendatar seperti kertas, tetapi turut sama boleh digunakan pada objek yang sedikit melengkung seperti buku dan sebagainya.

Dan apa yang menariknya mengenai teknologi ini adalah kebolehan untuk ia mengesan kedudukan jari dengan tepat, dan memilih data pada dokumen. Selain daripada menggunakan sentuhan, teknologi ini juga dilihat boleh dikawal melalui gerakan gesture, tanpa perlu memegang sesuatu objek.

Fujitsu mengatakan ia mungkin akan dibangunkan secara komersial menjelang tahun 2014 kelak, dan mungkin pada masa tersebut, teknologi ini akan lebih diperbaiki dengan pelbagai sokongan tambahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd