Hari ini, pihak Microsoft mengemaskini aplikasi terbina pada Windows 8 mereka, dimana sebanyak 6 aplikasi Bing, iaitu News, Finance, Sports, Travel, dan juga Maps menerima kemaskini dan membawakan beberapa fungsi baru.
Namun, salah satu yang dinantikan ramai dan digemari boleh dikatakan adalah sokongan baru pada aplikasi News. Melalui kemaskini yang diperkenalkan, Microsoft memperkenalkan sokongan untuk menambah RSS Feed pada News, dan mengikuti kemaskini daripada laman-laman kegemaran pengguna.
Disamping itu, aplikasi News juga turut sama menyertakan sokongan pembacaan offline, dimana beberapa artikel dimuat-turun dan membolehkan pengguna membacanya walaupun tanpa sebarang akses internet.
Bagi pengguna Windows 8 dan juga Windows RT, anda boleh menyemak Windows Store masing-masing dan melakukan proses kemaskini aplikasi melaluinya hari ini.