Cari @ Amanz

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang sedia popular dibeberapa buah negara. Setelah hanya eksklusif diluar Asia sebelum ini, hari ini Spotify turut sama melancarkan perkhidmatan mereka untuk pengguna tempatan, sekaligus membolehkan pengguna tempatan menikmati perkhidmatan tersebut.

Untuk pengguna tempatan, Spotify menyediakan kedua-dua versi, iaitu versi percuma yang membolehkan anda mendengar pelbagai jenis lagu, dan juga versi berbayar pada langganan RM14.90 sebulan.

Spotify Kini Di Malaysia

Dari segi pilihan lagu pula, bukan lagu-lagu antarabangsa sahaja yang disediakan, tetapi turut menyertakan pelbagai lagu-lagu tempatan melaluinya.

Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman Spotify hari ini, dan memuat-turun sebuah klien khas dan mula mendengar pelbagai lagu secara percuma melaluinya. Selain daripada Malaysia, Spotify juga turut sama dilancarkan untuk pasaran Singapura.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd