Cari @ Amanz

Pada CES 2013 awal tahun ini, Samsung telah memperkenalkan televisyen terbaru mereka dengan skrin bersaiz 85-inci. Kini, pada acara pengenalan beberapa televisyen pintar baru mereka, Samsung turut berkongsi mengatakan Samsung LED TV S9 akan hadir pada suku ketiga tahun ini.

Samsung SmartTV 85-inci

Melalui televisyen pintar LED TV S9 ini, ia membawakan pelbagai sokongan pintar, termasuk Smart Interaction, Smart Hub, Smart Evolution dan pelbagai perkara lain. Ia turut membawakan sokongan paparan Ultra-HD, dan sokongan paparan 3D melaluinya.

Samsung SmartTV 85-inci

Televisyen pintar dengan cip empat teras ini turut menyertakan kamera terbina membolehkan membuat panggilan Skype, selain fungsi-fungsi seperti AllShare dan sebagainya.

Harga jualan televisyen pintar 85-inci ini masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd