Samsung Memperlihatkan Penghawa Dingin Dengan Sokongan Kawalan WiFi

Samsung Memperlihatkan Penghawa Dingin Dengan Sokongan Kawalan WiFi

Diterbitkan pada Apr 16, 2013 oleh .

Samsung Malaysia hari ini memperlihatkan beberapa peralatan elektronik untuk digunakan didalam rumah, dimana salah satunya adalah penghawa dingin daripada mereka, AR13FV. Salah satu ciri menarik pada penghawa dingin ini adalah didatangkan dengan sokongan kawalan menggunakan WiFi.

Penghawa Dingin WiFi Samsung

Melalui penghawa dingin AR13FV, ia membolehkan pengguna untuk mengawalnya menggunakan sebuah aplikasi khas, dimana pengguna boleh menghidupkan, mematikan, malah mengawal suhu dan sebagainya, terus melalui telefon pintar atau tablet mereka. Aplikasi untuknya disediakan secara percuma untuk dimuat-turun oleh para pengguna Android.

Penghawa Dingin WiFi Samsung

Penghawa Dingin WiFi Samsung

Selain daripada sokongan kawalan melalui WiFi, Samsung juga mengatakan ia lebih menjimatkan tenaga berbanding penghawa dingin yang lain, selain turut disertakan dengan sokongan Turbo Cooling dan juga Smart Saver.

Harga jualannya tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN