Aplikasi TonTon Bakal Hadir Ke Samsung SmartTV

Aplikasi TonTon Bakal Hadir Ke Samsung SmartTV

Diterbitkan pada Apr 16, 2013 oleh .

TonTon merupakan salah satu web yang menawarkan kandungan video daripada penerbit tempatan, terutamanya yang ditayangkan di saluran milik Media Prima. Mereka sedia menawarkan perkhidmatan TonTon melalui web, dan kini dilihat turut sama bakal melancarkan aplikasi khas untuk para pengguna Samsung SmartTV tidak lama lagi.

Samsung SmartTV - TonTon

Pada pelancaran beberapa versi Samsung SmartTV hari ini, salah satu aplikasi yang kami perasan ketika ia didemonstrasikan adalah TonTon. Namun, apabila ditanya lebih lanjut berkenaan dengannya, pihak Samsung sekadar mengatakan aplikasi tersebut bakal dilancarkan dan ditawarkan untuk pengguna tempatan tidak lama lagi.

Daripada senarai aplikasi yang disediakan pada hari ini, salah satu yang popular boleh dikatakan adalah Viki yang menawarkan kandungan berbahasa Korea, dan semestinya pengenalan aplikasi TonTon ini kelak akan membolehkan pengguna dengan mudah menikmati kandungan berbahasa Malaysia terus pada televisyen pintar mereka.


TIPS & ULASAN