BlackBerry Q10 Bakal Dipertontonkan Di Malaysia Pada 30 April

BlackBerry Q10 Bakal Dipertontonkan Di Malaysia Pada 30 April

Diterbitkan pada Apr 16, 2013 oleh .

Peranti BlackBerry 10 dengan papan kekunci QWERTY fizikalBlackBerry Malaysia telah memperkenalkan BlackBerry Z10 ketika pelancaran sistem operasi BlackBerry 10 di Malaysia pada Februari yang lepas. Kini, mereka dalam persediaan untuk melancarkan peranti BlackBerry 10 berasaskan QWERTY, dimana jemputan telah mula dihantar untuk sebuah acara media yang bakal diadakan pada 30 April kelak.

BlackBerry Q10 Malaysia

Untuk makluman, Q10 membawakan papan kekunci fizikal QWERTY, dan cara penggunaannya adalah sedikit berbeza dengan Z10 yang menggunakan skrin sentuh sepenuhnya. Mungkin pada acara media tersebut kelak, kita akan dapat mengetahui pelbagai info seperti harga jualan, dan syarikat telekomunikasi manakah yang akan menawarkannya di Malaysia.

Jadi, bagi anda, adakah sedang menantikan peranti Q10 ataupun lebih berminat Z10 sedia ada?


TIPS & ULASAN