Peranti Jolla Pertama Akan Diperlihatkan Seawal Bulan Hadapan

Peranti Jolla Pertama Akan Diperlihatkan Seawal Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Apr 16, 2013 oleh .

Sejak Jolla mengumumkan akan menyambung legasi MeeGo melalui sistem operasi Sailfish OS mereka, ramai yang menantikan pelancaran rasmi peranti yang menggunakan sistem operasi tersebut, dan kini mengikut laporan awal, ia bakal diperlihatkan pihak Jolla Mobile seawal bulan hadapan.

Jolla Sailfish OS

Jolla sebelum ini pada MWC 2013 telah berkongsi bersama Amanz, mengatakan peranti mereka kelak akan membawakan sokongan heptic feedback, serta boleh diuruskan menggunakan gesture sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi berapa lamakah pengguna perlu nantikan sebelum ia dipasarkan kepada umum. Daripada apa yang dimaklumkan kepada kami sebelum ini, peranti ini mungkin hanya akan diperkenalkan kepada beberapa negara sahaja pada awalnya, dan mungkin bukan seluruh dunia yang akan mendapatnya.

Baca : Pandang Pertama Jolla Sailfish OS


TIPS & ULASAN