Bersama Pembangun SnapDish – Aplikasi “Instagram Untuk Makanan”

Bersama Pembangun SnapDish – Aplikasi “Instagram Untuk Makanan”

Diterbitkan pada Apr 16, 2013 oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada menambah filter dan efek pada gambar. Tetapi sesuatu yang kurang adalah komuniti disebaliknya. Selain Instagram yang mempunyai komuniti yang aktif, salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada makanan dengan komuniti yang agak aktif adalah SnapDish.

SnapDish merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun dari Jepun, dan baru-baru ini kami telah berpeluang menemui pembangunnya.

Layari : Laman Rasmi Snapdish (Jepun)

Menurut pembangunnya, SnapDish telah dilancarkan pada Mei 2011, dan sehingga ke hari ini, mereka mempunyai hampir 1 juta muat-turun, dan komuniti yang aktif disebaliknya. Memandangkan ia hadir daripada Jepun, maka pengguna yang paling aktif menggunakannya adalah daripada Jepun, tetapi semakin meluas digunakan dibeberapa buah negara yang lain.

SnapDish, selain hanya membolehkan pengguna berkongsi gambar makanan, salah satu kelebihan pada aplikasi berkenaan adalah dimana ia memfokuskan kepada makanan yang dimasak sendiri. Menggunakan aplikasi tersebut, setelah menambah efek pada gambar, pengguna juga boleh menambah efek dan filter pada gambar makanan berkenaan sebelum ia dikongsikan kepada yang lain.

Memandangkan ia turut sama membolehkan perkongsian resipi, maka komuniti disebaliknya agak aktif bukan sahaja dalam menyumbang, tetapi turut sama aktif dalam memberikan maklumbalas antara satu sama lain.

Menurut pembangunnya, mereka kini dalam proses memperluaskan aplikasi mereka kepada lebih banyak negara, dan Malaysia merupakan salah satu pasaran yang disasarkan oleh mereka. SnapDish versi 2.0 juga dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi, yang bakal membawakan beberapa perubahan baru pada aplikasi tersebut, dari segi rekabentuk dan juga fungsi.

SnapDish disediakan untuk pengguna Android dan juga iOS, dan sedia untuk dimuat-turun sekarang.

Muat-Turun Snapdish untuk iOS


Muat-Turun Snapdish untuk Android


TIPS & ULASAN