BitTorrent Surf Memasuki Fasa Beta – Hadir Untuk Pengguna Firefox

BitTorrent Surf Memasuki Fasa Beta – Hadir Untuk Pengguna Firefox

Diterbitkan pada Apr 16, 2013 oleh .

Pada awal tahun ini, pihak BitTorrent telah melancarkan extension untuk Chrome dalam bentuk Alpha, dinamakan sebagai BitTorrent Surf. Setelah beberapa bulan, hari ini, BitTorrent mengumumkan yang mana Surf telah memasuki fasa beta, dan membawakan beberapa penambah-baikkan melaluinya.

Bagi yang tidak kenali BitTorrent Surf, ia merupakan salah satu plugin untuk pelayar web, membolehkan pengguna menikmati penggunaan BitTorrent terus pada pelayar web mereka.

Pada versi Alpha sebelum ini, ia hanya terhad kepada pengguna Chrome sahaja, tetapi melalui fasa Beta, pihak BitTorrent turut sama membawa sokongan Surf untuk para pengguna Firefox.

Selain penambahan sokongan untuk Firefox, pihak BitTorrent juga turut sama menambah sokongan untuk melihat beberapa kandungan menarik melalui BitTorrent Surf, dan terus memuat-turun melaluinya.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun BitTorrent Surf untuk Firefox dan juga Chrome hari ini, dan mula menggunakan sokongan BitTorrent terus pada pelayar web anda.

Muat-Turun BitTorrent Surf untuk Chrome


Muat-Turun BitTorrent Surf untuk Firefox


TIPS & ULASAN