Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S4 - DiGI

Samsung Galaxy S4 dijangka akan hadir pada penghujung bulan ini ataupun pada bulan Mei kelak untuk pasaran Malaysia, dan kini, pihak DiGi telah pun memulakan pendaftaran minat untuk mereka yang ingin mendapatkan peranti berkenaan melalui pakej DiGi.

Daripada apa yang dikongsikan pihak DiGi, mereka mengatakan pra-tempahan hanya akan bermula pada 20 April kelak, dan buat masa ini hanya sekadar pendaftaran minat, untuk mengetahui berapa ramai yang ingin mendapatkan peranti berkenaan melalui DiGi.

Harga jualan Samsung Galaxy S4 masih tidak diketahui lagi, tetapi daripada apa yang dilaporkan oleh rakan kami, MalaysianWireless, harga peranti berkenaan dikatakan sekitar RM2199, kurang RM100 berbanding HTC One.

Selain DiGi, mungkin kita juga akan dapat melihat peranti berkenaan ditawarkan oleh Maxis dan juga Celcom. Apa pun, pakej dan pelan daripada setiap syarikat telekomunikasi ini masih belum dikeluarkan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd