Tiada Lagi Penantian – Aplikasi Mailbox Sedia Untuk Digunakan Semua Pengguna iOS

Tiada Lagi Penantian – Aplikasi Mailbox Sedia Untuk Digunakan Semua Pengguna iOS

Diterbitkan pada Apr 17, 2013 oleh .

Mailbox merupakan salah satu klien pengurusan emel GMail yang popular dikalangan pengguna iOS. Sebelum ini, mereka menawarkan aplikasi mereka untuk pengguna yang terhad, dan perlu menantikan untuk suatu ketika sebelum dapat menggunakannya. Tetapi kini tidak lagi, apabila hari ini mereka membuka penggunaan aplikasi untuk semua pengguna iOS.

Bagi pengguna iOS yang ingin mencubanya, anda boleh memuat-turun aplikasi Mailbox di AppStore, dan mula menggunakannya, tanpa perlu menantikan seperti sebelum-sebelum ini.

Apakah klien pengurusan emel kegemaran anda?Mailbox memfokuskan kepada pengurusan emel, dan menekankan kepada “Inbox Zero” dengan menggunakan sokongan arkib pada GMail.

Bagi yang mengikuti perkembangan Mailbox, mungkin anda sedia ketahui yang mana ia telah diambil-alih oleh pihak Dropbox pada bulan Mac lepas, dan kini dikatakan mempunyai sekitar 1.5 juta pengguna yang menggunakannya.

Versi Android dikatakan akan hadir, tetapi tiada sebarang tarikh yang diberikan buat masa ini.

Muat-Turun Aplikasi Mailbox untuk iOS


TIPS & ULASAN