Hari demi hari, lebih ramai yang mula menggunakan telefon pintar berasaskan Android, dan pelbagai data mereka tersimpan didalamnya. Untuk memastikan data pengguna dan juga telefon pintar pengguna selamat, Maxis kini menawarkan Norton Mobile Security untuk para pengguna mereka.
Norton Mobile Security boleh dikatakan sebagai salah satu aplikasi sekuriti dan keselamatan yang amat berguna untuk para pengguna, dimana dengan memasangnya pada peranti Android anda, ia membolehkan untuk anda mengetahui lokasi semasa peranti anda, mematikan dan mengunci peranti, dan juga memadam data-data pada telefon pintar anda yang hilang ataupun dicuri.
Secara keseluruhan, Norton Mobile Security membawakan beberapa fungsi, termasuk:
- Anti-Theft – Sekiranya peranti Android anda hilang atau dicuri, anda boleh melihat lokasi peranti, mematikan peranti ataupun memadamkan data anda daripada peranti tersebut.
- Scream Locator – Sekiranya anda tersalah letak telefon pintar anda, dengan serta-merta, anda boleh membuatkan peranti anda mengeluarkan bunyi yang kuat dengan hanya menghantar satu SMS khas ke telefon anda.
- Call & Text Blocker – Sekiranya anda mempunyai nombor telefon yang sering menganggu atau menghantar SPAM, anda boleh menambah ia pada log, dan nombor tersebut akan dihalang serta-merta.
- Download & Mobile Threat Protection – membolehkan data dan peranti anda selamat daripada pelbagai malware, virus dan sebagainya dengan mengimbas pelbagai aplikasi yang dimuat-turun ke peranti anda.
- Anti-Phishing Web Protection – memastikan anda tidak melayari laman web yang berbahaya dan mencuba curi data anda.
Bagi para pelanggan Maxis yang berminat, anda boleh melanggan Norton Mobile Security ini untuk peranti Android pada harga RM1 seminggu ataupun RM3 sebulan. Untuk memulakannya, pengguna hanya perlu dial *200# kemudian membuat pilihan ketiga, dan seterusnya memilih More Maxis Secure.
Apa pun, sebagai pengenalan, pihak Maxis menawarakan ia secara percuma selama sebulan membolehkan pengguna menguji terlebih dahulu perkhidmatan Norton Mobile Security.
Jadi, bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Maxis, dan ingin mencubanya, mungkin boleh mengambil peluang promosi ini, dan mencubanya selama sebulan pada peranti Android anda, sekaligus memastikan data anda lebih terjamin lagi.
- Layari : Maxis Norton Mobile Security
Artikel ini dibawakan untuk anda oleh Maxis.