Android Pada Awalnya Dibangunkan Untuk Kamera

Android Pada Awalnya Dibangunkan Untuk Kamera

Diterbitkan pada Apr 17, 2013 oleh .

Android hari ini telah menjadi salah satu sistem operasi popular diseluruh dunia, dan digunakan oleh ramai pengeluar peranti. Namun apa yang menariknya, daripada apa yang dikongsikan oleh Andy Rubin, Android pada asalnya dibangunkan untuk kamera dan bukannya untuk telefon pintar.

GCameraM1520004

Android dikatakan pada awalnya dirancang untuk menjadi asas untuk kamera dengan sokongan internet, yang mana boleh menyimpan gambar yang dirakamkan ke internet secara automatik. Namun, memandangkan pasaran fotografi adlah kecil, maka mereka mengubah haluan mereka dengan memfokuskan kepada telefon pintar dalam tempoh 5 bulan selepas itu.

Walaubagaimanapun, kini Android telah menjadi salah satu sistem operasi yang mesra untuk digunakan pada pelbagai peranti, termasuk pada kamera. Pada tahun lepas sahaja, Nikon dan juga Samsung masing-masing hadir dengan kamera digital berasaskan Android mereka, selain beberapa pengeluar yang turut memperkenalkan pemain media berasaskan Android dan sebagainya.

Mungkin lebih banyak peranti kita akan dapat lihat yang akan menjalankan Android, dan mungkin jam tangan pintar yang hangat diperkatakan pada tahun ini juga mungkin akan hadir dengan asas sistem operasi Android.

Jadi, apa kata anda?


TIPS & ULASAN