HP Bakal Menyertakan Teknologi Leap Motion Pada Beberapa Komputer Keluaran Mereka

HP Bakal Menyertakan Teknologi Leap Motion Pada Beberapa Komputer Keluaran Mereka

Diterbitkan pada Apr 17, 2013 oleh .

HPSelain sokongan sentuhan, salah satu teknologi yang mula mendapat perhatian akhir-akhir ini adalah sokongan gesture. Untuk memudahkan perkara ini pada komputer, salah satu syarikat yang membangunkan teknologi untuknya adalah Leap Motion, dan dalam usaha menyertakan sokongan seumpamanya pada komputer HP, kini kedua-dua syarikat tersebut mengumumkan kerjasama.

Leap Motion sebelum ini telah hadir dengan mengumpulkan dana melalui KickStarter, dan sejak daripada itu, ia telah mendapat perhatian ramai. Pihak Asus juga pada awal tahun ini telah mengumumkan kerjasama dengan Leap Motion dalam menyertakan teknologi tersebut pada komputer mereka.

HP mengatakan kelak komputer keluaran mereka akan menyertakan sokongan kawalan daripada Leap Motion, dimana disertakan terus secara terbina pada komputer desktop dan juga komputer riba keluaran mereka.

Walaubagaimanapun, kami kurang pasti sama ada ia akan memberikan kesan langsung kepada harga jualan komputer oleh HP ataupun mereka mempunyai cara lain untuk mengawal kos peranti mereka.


TIPS & ULASAN