Dapatkan Paparan Halaman Tab Baru Seumpama Google Now Pada Chrome

Dapatkan Paparan Halaman Tab Baru Seumpama Google Now Pada Chrome

Diterbitkan pada Apr 17, 2013 oleh .

Terdapat beberapa extension di Chrome Web Store yang membawakan paparan halaman tab baru yang lebih menarik berbanding apa yang terbina di Chrome. Terkini, salah satu daripadanya, dinamakan sebagai “New Tab Page” membawakan rekabentuk halaman seumpama Google Now melaluinya.

Google Chrome - New Tab Page

Dengan memasangnya, selain daripada kotak carian yang disediakan pada bahagian atas, ia juga memaparkan cuaca dan beberapa berita semasa daripada Google News, membolehkan pengguna mengikuti beberapa info terus melalui halaman tab baru.

Namun, ia kelihatan bahagian berita tidak boleh diubah untuk memaparkan Google News Malaysia, dan hanya memaparkan berita antarabangsa sahaja.

Untuk sokongan carian, selain daripada carian teks, pengguna juga boleh menggunakan sokongan carian suara, lebih kurang sama seperti yang terdapat pada aplikasi versi Android.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun ia dan memasangnya pada pelayar web Chrome hari ini, dan sekiranya anda mempunyai sebarang pilihan lain, jangan lupa berkongsi dengan kami.

Muat-Turun New Tab Page pada Chrome WebStore


TIPS & ULASAN