Lenovo Melancarkan IdeaPhone S890 dan P770 Di Malaysia

Lenovo Melancarkan IdeaPhone S890 dan P770 Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 17, 2013 oleh .

Lenovo pada awal tahun ini telah memperkenalkan dua telefon pintar mereka di CES 2013, dan kini kedua-dua telefon pintar tersebut – IdeaPhone S890 dan juga IdeaPhone P770 – dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Lenovo IdeaPhone S890

Lenovo mengatakan IdeaPhone S890 dioptimasikan untuk penggunaan kasual, dimana ia menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan qHD, kamera belakang 8-megapixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, dan bateri berkapasiti 2250mAh.

Lenovo IdeaPhone P770

Lenovo IdeaPhone P770 pula dikatakan memfokuskan kepada pengguna perusahaan, menawarkan masa bercakap yang lebih lama melalui bateri berkapasiti 3500mAh. Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 4.5-inci qHD, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, dan kamera belakang 5-megapixel.

Kedua-dua peranti ini dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dan boleh didapati di telah mula dijual di pasaran Malaysia. Lenovo IdeaPhone S890 dijual pada harga saranan RM839, manakala Lenovo P770 dijual pada harga saranan RM739.


TIPS & ULASAN