Selain daripada Google Play Store, salah satu kedai aplikasi yang menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk pengguna Android adalah Amazon AppStore. Hari ini, gergasi e-dagang tersebut mengumumkan yang mana mereka akan memperluaskan perkhidmatan Amazon AppStore tersebut ke lebih kurang 200 negara dalam bulan-bulan akan datang.
Melalui Amazon AppStore, pelbagai jenis aplikasi ditawarkan, yang mana bukan sahaja menguntungkan pengguna tetapi juga para pembangun. Untuk makluman, Google Play Store masih belum mengaktifkan kebolehan menjual aplikasi untuk pembangun tempatan, dan semestinya pengenalan Amazon AppStore kelak akan membuatkan lebih ramai menerbitkan aplikasi di sana.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Malaysia akan menerimanya, dan mungkin kita akan mendapat jawapannya dalam masa beberapa bulan lagi.